BM | EN | 中文

Pejabat parlimen Kluang taja program pantau habitat tapir di Gunung Lambak

wong-shu-qi-program-Bumi-Kita-Kluang-Mall.jpg
Advertisement

KLUANG, 23 MAC: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi memaklumkan pihaknya dengan kerjasama pertubuhan tempatan menaja program bagi memantau habitat tenuk Malaysia (tapir) di Gunung Lambak bermula tahun lepas.

Menurutnya, inisiatif itu susulan ancaman kepada kelangsungan haiwan liar itu akibat kepesatan pembangunan di daerah ini.

“Ramai mungkin tidak tahu bahawa Gunung Lambak kita adalah habitat tenuk. Malangnya, perkembangan bandar yang pesat sedang mengubah habitat mereka.

Advertisement

“Tahun lepas, dua ekor tenuk hilang nyawa di jalan raya sekeliling Gunung Lambak.

“Untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat berkenaan kehidupan haiwan liar di Gunung Lambak, pejabat saya bersama dengan pertubuhan tempatan menaja program pantau haiwan liar di Gunung Lambak bermula tahun lepas,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau turut hadir ke program pameran ‘Bumi Kita’ di Kluang Mall baru-baru ini, dengan penyertaan Sinar Harapan, sebuah kempen menggiatkan aktiviti membaca di luar bandar.

Advertisement

Menurut Shu Qi, pogram Sinar Harapan menggunakan kotak buku berbentuk tenuk Malaysia (Tapir) untuk menarik perhatian kanak-kanak.

“Saya dimaklumkan mereka juga mengambil bahagian dalam pameran kali ini.

“Setiap ekor tenuk berwajah berbeza-beza. Kali ini, mereka mempamerkan 40 ekor tenuk yang “mengandung” buku di perut mereka dekat Kluang Mall,” katanya.

Advertisement

Shu Qi turut menyeru kepada orang ramai yang berhajat untuk menonton rakaman kehidupan haiwan di Gunung Lambak untuk singgah ke pameran ‘Bumi Kita’ di Kluang Mall hujung minggu ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top