BM | EN | 中文

Pejabat parlimen Kluang, pasukan unit tindak sanitasi dua tadika

Pejabat-parlimen-Kluang-pasukan-unit-tindak-sanitasi-dua-tadika.jpg
Advertisement

KLUANG, 15 APR: Pejabat parlimen Kluang dengan kerjasama pasukan unit tindak telah menjalankan program sanitasi di dua buah tadika yang bertempat di Taman Delima atas jemputan pihak tadika tersebut.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi dalam satu kenyataan berkata, jaminan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak yang merupakan pelajar di tadika-tadika tersebut merupakan keutamaan yang diberikan perhatian oleh pihaknya.

Tambah beliau, kerja-kerja sanisati itu sedikit sebanyak menenangkan rasa resah di hati ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dalam keadaan pandemik ini.

Advertisement

“Kebersihan sangat penting terutamanya di tadika atau pusat penjagaan dimana anak-anak kita banyak menghabiskan masa mereka dan melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian mereka.

“Walau apa pun cabaran yang datang, bumi tetap berputar, masa tetap berjalan dan anak-anak kita tetap akan membesar, pendidikan asas amat penting untuk anak-anak kita pergi lebih jauh dalam hidup mereka di masa hadapan.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan melakukan yang terbaik agar generasi akan datang dapat hidup dengan lebih baik,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Advertisement

Katanya lagi setiap warga masyarakat perlu memikirkan tentang nasib anak-anak meskipun mereka masih di tadika.

“Saya percaya, di usia inilah kita perlu mula memupuk mereka. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

“Kami meminta orang ramai untuk terus menjaga kebersihan dan menjaga SOP dengan baik supaya negara kita dapat melawan pandemik ini dan akhirnya bebas Covid-19.

Advertisement

“Terima kasih dan syabas atas usaha pihak tadika yang menjemput Pasukan Unit Tindak Kluang bagi menjalankan program sanitasi,” kata Shu Qi lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top