BM | EN | 中文

PEJABAT PARLIMEN KLUANG EDAR PENUTUP MULUT DAN HIDUNG

edaran-topeng-muka.jpg
Advertisement

KLUANG, 17 SEPT : Berikutan keadaan cuaca yang terjejas akibat jerebu, Pejabat Ahli Parlimen Kluang segera bertindak mengedarkan penutup mulut dan hidung.

Sebanyak 28 buah sekolah menengah dan rendah di dalam parlimen berkenaan menerima manfaat menerusi sumbangan itu.

Ketua Pejabat Ahli Parlimen Kluang, Sandra Tang menyampaikan penutup mulut dan hidung ke salah satu sekolah di bawah Parlimen Kluang

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, pejabatnya mengedarkan penutup mulut dan hidung bermula Khamis hingga Ahad lepas.

Advertisement

“Perihatin dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hingga menyebabkan Kluang turut mengalami jerebu, kami mengedarkan penutup mulut dan hidung ke sekolah-sekolah.

“Ini kerana keadaan cuaca yang berjerebu dan semakin teruk boleh mendatangkan masalah kesihatan terutama kepada pelajar-pelajar sekolah,” katanya lagi.

Beliau berharap usaha ini sedikit sebanyak mampu memberikan perlindungan kepada semua pelajar dan guru.

Advertisement

“Diharap semua pihak juga turut menjaga kesihatan masing-masing,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top