BM | EN | 中文

Pejabat parlimen Kluang, DUN Mahkota anjur gotong-royong sempena Hari Malaysia

gotong-royong-parlimen-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 21 SEPT: Pejabat ahli parlimen Kluang dengan kerjasama Persatuan Penduduk Flat Taman Sri Kluang mengadakan program gotong-royong sempena Hari Malaysia di rumah pangsa Taman Sri Kluang, baru-baru ini.

Turut hadir Adun Mahkota Muhamad Said Jonit disertai 20 sukarelawan dan penghuni, selain pihak SWCorp yang menyediakan peralatan dalam menjayakan program kali ini.

Ahli parlimen Kluang Wong Shu Qi berkata, program gotong-royong kali ini diharap dapat membantu memberi kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

Advertisement

“Kebersihan alam sekitar amatlah penting bagi menjaga kestabilan ekosistem bagi mengelakkan bencana seperti pemanasan global dan kenaikan paras air laut.

“Mungkin ramai yang tidak sedar punca utama yang mengganggu ekosistem adalah kita sendiri. Pencemaran air, udara terutamanya adalah hasil dari kelakuan dan tabiat buruk kita,” katanya.

Dalam pada itu beliau berharap agar orang ramai dapat memberi perhatian dan lebih mengambil berat tentang situasi alam sekitar.

Advertisement

“Jika setiap individu dapat membuat perubahan kecil seperti mengubah tabiat kita yang sering membuang sampah di merata-rata tempat, sebenarnya ia akan membawa perubahan yang besar kepada alam sekitar.

“Setiap perubahan besar dimulai dengan langkah yang kecil. Mulakan dengan sekeliling anda, mulai dari sekarang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top