BM | EN | 中文

Pejabat Parlimen Bakri anjur program derma darah pada Hari Malaysia 2021

Pejabat-Parlimen-Bakri-anjur-program-derma-darah-sempena-Hari-Malaysia-2021.jpg
Advertisement

MUAR, 25 OGOS: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bakri akan menganjurkan program derma darah dalam usaha menampung bekalan darah negara.

Pejabat Parlimen Bakri menerusi satu kenyataan memaklumkan, program sehari itu akan diadakan pada hari Khamis, 16 September bersamaan dengan Hari Malaysia 2021 bertempat di Econsave Simpang Jeram, Muar.

Program yang bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang itu dianjurkan Pejabat Parlimen Bakri dengan kerjasama pusat membeli-belah Econsave Simpang Jeram, Muar.

Advertisement

Orang ramai dijemput untuk turut serta secara aktif bagi membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di Johor dan di seluruh negara.

Penganjur memaklumkan akan memastikan agar prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi semasa program berlangsung.

Ia termasuk kawalan keluar masuk dan laluan, mesin imbas MySejahtera, pengambilan bacaan suhu dan penyediaan cecair sanitasi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top