BM | EN | 中文

Pejabat Parlimen Bakri anjur program derma darah 25 April ini

yeo-bee-yin-derma-darah-25-Apr-2021-Bakri.jpg
Advertisement

MUAR, 21 APR: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bakri akan menganjurkan program derma darah dalam usaha menampung bekalan darah negara.

Pejabat Parlimen Bakri menerusi satu kenyataan memaklumkan, program selama sehari itu akan diadakan pada hari Ahad, 25 April ini bertempat di Wetex Parade, Muar.

Difahamkan, penganjuran program tersebut bagi membantu menambah bekalan darah yang semakin berkurangan.

Advertisement

Program yang bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang itu dianjurkan Pejabat Parlimen Bakri dengan kerjasama pusat membeli-belah Wetex Parade, Muar.

Orang ramai dijemput untuk turut serta secara aktif bagi membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di Johor dan di seluruh negara.

Penganjur memaklumkan akan memastikan agar prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi semasa program berlangsung.

Advertisement

Ia termasuk kawalan keluar masuk dan laluan, pengambilan bacaan suhu, penyediaan cecair sanitasi dan sebagainya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top