BM | EN | 中文

Pejabat MP Kluang sumbang barangan untuk foodbank Pekawam Mahkota

ahli-parlimen-kluang-pekawam-mahkota.jpg
Advertisement

KLUANG, 3 NOV: Pejabat Ahli Parlimen Kluang telah menyerahkan pek makanan dan barangan keperluan kepada foodbank kepada Kelab Rekreasi dan Sukan Kakitangan Awam Mahkota (Pekawam).

Menurut ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi, penyerahan dibuat melalui pengerusi Pekawan Mahkota, Encik Azman untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan.

“Kelab Pekawam aktif dalam menyalurkan bantuan kepada kakitangan Kem Mahkota yang berpendapatan rendah untuk membantu meringankan beban mereka.

Advertisement

“Kelab Pekawam juga turut menyediakan foodbank di pejabat mereka. Walaupun banyak sektor ekonomi yang dibuka, tetapi keluarga yang berpendapatan rendah masih ramai tidak mengira latar belakang.

“Pejabat kami akan berusaha semampu yang boleh untuk membantu golongan ini,” kata Shu Qi dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali turut menyampaikan bantuan berupa bakul makanan kepada masyarakat India di sekitar kawasan DUN Paloh.

Advertisement

Katanya, sumbangan tersebut adalah kepada keluarga yang memerlukan di kawasan berkenaan dalam persiapan mereka untuk menyambut perayaan Deepavali.

Antara lokasi taman perumahan dikunjungi ialah Taman Melati, Taman Murni dan sekitar kawasan Paloh.

“Untuk kekasih hati saya, masyarakat India di Taman Murni dan Taman Melati, selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua,” katanya ringkas.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top