BM | EN | 中文

Pejabat JPN Johor, pasar dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu

Pejabat-JPN-Johor-pasar-dan-Medan-Selera-Larkin-ditutup-seminggu.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 DIS: Pejabat Pelajaran Negeri Johor serta Pasar Awam dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu bermula hari ini selepas Jabatan Kesihatan Johor mengesan kes positif COVID-19 membabitkan dua premis itu.

Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata penutupan hingga 22 Dis itu bagi membolehkan pelaksanaan tindakan pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan.

“Berdasarkan ujian saringan yang dilakukan, seorang kakitangan Jabatan Pelajaran dan seorang pekerja di Pasar Awam Larkin, positif COVID-19,” katanya ketika dihubungi semalam.

Advertisement

Notis perintah tutup premis tersebut tular menerusi media sosial petang tadi.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top