BM | EN | 中文

Pejabat dan kaunter di negeri PKP dan PKPB dibuka untuk janji temu sahaja – KWSP

Kumpulan-Wang-Simpanan-Pekerja-KWSP.png

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Gambae Ehsan MStar)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan semua pejabat dan kaunternya di negeri-negeri yang melaksanakan PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) akan dibuka untuk janji temu sahaja.

Dalam kenyataan semalam, katanya janji temu boleh dibuat melalui Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu.

“Semua kios KWSP akan beroperasi pada 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja tertakluk kepada SOP yang ditetapkan,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Bagi urusan berkaitan i-Sinar, ahli boleh melayari i-Sinar Online di www.isinar.kwsp.gov.my bagi permohonan Kategori 1 dan Kategori 2, semakan status permohonan, soalan lazim serta panduan pengguna atau menghubungi talian hotline i-Sinar di talian 03 – 8922 4848 bagi pertanyaan umum.

Bagi urusan lain, ahli boleh menjadualkan janji temu di mana-mana pejabat dan kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.

“Tarikh pembayaran caruman wajib KWSP kekal pada setiap 15 haribulan. Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman web KWSP, perbankan Internet atau di kaunter ejen bank yang dilantik,” katanya.

Advertisement

Menurut KWSP, ketika negara memasuki fasa baharu kawalan pergerakan untuk mengawal penularan COVID-19 yang kian serius, ahli digalakkan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan tertentu agar mengurangkan keperluan untuk hadir di cawangan, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan.

“Jika ada keperluan untuk hadir di cawangan, KWSP memohon kerjasama semua pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan seperti menjalani pemeriksaan suhu, mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis dan mematuhi langkah-langkah penjarakan fizikal yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis KWSP.

“Sebarang perubahan terhadap operasi KWSP akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Advertisement

Maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau melayari laman web di www.kwsp.gov.my.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top