JOHOR BAHRU, 26 NOV : Pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir disimbah cat merah.
Akmal Nasrullah berkata, insiden berkenaan disedari oleh kakitangan pejabatnya di Larkin Idaman di sini pada jam 7.20 pagi tadi.
Katanya, selain disimbah cat, turut terdapat seekor bangkai ayam beserta mesej ugutan kepadanya yang dicampak di hadapan pintu.
“Satu laporan polis dibuat oleh pekerja saya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Berikutan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
JohorKini