BM | EN | 中文

Pejabat Adun Parit Yaani bantu mangsa kebakaran

aminolhuda-hassan-parit-yaani-lawat-mangsa-kebakaran.jpg

Aminolhuda melawat mangsa kebakaran di Parit Yaani, baru-baru ini

Advertisement

BATU PAHAT, 6 OGOS: Pejabat Adun Parit Yaani bersama-sama dengan Pertubuhan Kebajikan Ihsan (IH) Batu Pahat mengadakan kunjungan terhadap mangsa kebakaran di Tongkang Pechah 3 Ogos yang lalu.

Kunjungan tersebut selain menyantuni mangsa kebakaran, adalah bagi memberi sumbangan kepada 4 keluarga yang terdiri daripada 22 orang penerima bantuan.

Serahan bantuan dibuat kepada mangsa kebakaran oleh pusat khidmat DUN Parit Yaani

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya turut merakamkan rasa simpati terhadap bencana yang menimpa keluarga berkenaan serta memberi bantuan kepada keluarga mangsa.

Advertisement

“Saya merakamkan rasa simpati saya terhadap apa yang berlaku dan pihak kami akan berusaha meringankan beban mangsa yang ditimpa musibah berkenaan.

“Antara bantuan yang diberikan adalah sumbangan kewangan dan keperluan asas untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka hari ini.

“Saya juga berterima kasih kepada semua yang terbabit termasuk Pertubuhan IH yang bersama-sama hadir membantu menjayakan kunjungan ini serta jentera pejabat DUN Parit Yaani yang menyampaikan sumbangan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata akan terus membantu seterusnya bagi mendapatkan bantuan lain dari pihak berwajib.

Tambahnya, pihaknya akan mencari sumber dari pihak kerajaan untuk mendapatkan bantuan seperti sumbangan tabung bencana dan lainnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top