BM | EN | 中文

Pejabat Adun Mengkibol kerjasama dengan persatuan penduduk edar bantuan

Pejabat-Adun-Mengkibol-kerjasama-dengan-persatuan-penduduk-edar-bantuan.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 JUL: Pejabat Adun Mengkibol dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Taman Kluang Barat membantu mengedarkan bekalan makanan kepada keluarga yang terkesan melalui program food bank.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, melalui kerjasama itu bekalan makanan dari pejabatnya dapat diedarkan kepada penduduk sekitar beberapa perumahan di daerah Kluang.

“Bagi keluarga dan individu yang memerlukan barang dapur dan makanan kering, boleh dapatkan di Food Bank dan ambil barang dapur yang anda perlukan.

Advertisement

“Semoga mereka yang terkesan di sekitar Taman Kluang Barat akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan tabah dalam menghadapi cabaran ini,” kata Chong Sin.

Katanya, pejabat Adun Mengkibol akan segera menyampaikan sumbangan sebaik sahaja menerima pesanan melalui aplikasi whatsapp dan dihantar anggota persatuan berkenaan kepada keluarga yang terkesan.

Program yang diadakan dengan kerjasama penduduk perumahan berkenaan telah dimulakan semenjak Mei lalu.

Advertisement

Selain penghantaran bantuan ke rumah, penduduk juga boleh mengambil barang sendiri di balai raya Taman Kluang Barat.

Menurutnya lagi, kawasan bantuan meliputi perumahan Taman Kluang Barat, Taman Intan, Taman Seri Kluang, Taman Desa, Taman Idaman, Taman Berlian Biru, Taman Saujana, dan keseluruhan kawasan jalan Batu Pahat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top