BM | EN | 中文

Pejabat Adun Jementah jalankan operasi sanitasi tempat awam

Pejabat-Adun-Jementah-jalankan-operasi-sanitasi-tempat-awam.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 31 OGOS: Pejabat Adun Jementah menjalankan operasi sanitasi tempat awam di sekitar pekan Jementah sebagai usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Pejabat itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, operasi sanitasi kali ini disertai pasukan sanitasi DAP Gemas Baru dan Pasukan Sanitasi DAP Batu Anam, serta kerja penyelarasan dilakukan oleh Cawangan DAP Jementah.

“Keseluruhan operasi sanitasi ini telah mengambil masa selama dua jam di tempat-tempat awam dan kaki lima kedai-kedai premis perniagaan di Jementah,” menurut kenyataan Adun Jementah, Tan Chen Choon.

Advertisement

Katanya, baru-baru ini, kes positif baharu Covid-19 di Jementah menunjukkan peningkatan bagi sepanjang dua minggu lepas di antara 16 Ogos hingga 29 Ogos.

“Mukim Jementah telah merekodkan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 298 kes. Manakala 258 kes daripada jumlah tersebut merupakan kes-kes Kluster Batu 12 Sungai Siput.

“Saya ingin menyeru warga Jementah bahawa kes-kes Covid-19 telah mula merebak dalam komuniti. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang menunjukkan gejala-gejala Covid-19 atau tidak sihat, sila dapatkan rawatan doktor segera.

Advertisement

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, warga Jermentah diseru dan diminta agar sentiasa mematuhi SOP pencagahan Covid-19 supaya diri sendiri selamat daripada dijangkiti virus Covid-19 atau virus Delta, terutamanya memakai pelitup muka berganda bersama dengan alat pelindung muka, kerap membasuh tangan dengan sabun / hand sanitizer.

“Amalkan penjarakan sosial dan mengelakkan berada di tempat sesak atau tempat tertutup dengan tempoh masa yang panjang,” katanya.

Tambah Tan, bagi mempercepatkan kadar vaksinasi di Daerah Segamat, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat sedang mengumpul data berkenaan warga Segamat yang berumur 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira anda telah daftar / belum daftar / ingin daftar vaksinasi Covid-19, tetapi belum mendapat tarikh janji temu vaksinasi.

Advertisement

“Sesiapa yang menepati syarat-syarat tersebut, boleh mengisi Google Form yang disediakan (https://forms.gle/Xem1DbjF1E2NhcBu9 ) bagi tujuan pengumpulan data,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top