BM | EN | 中文

Peguam Negara perlu letak jawatan – Pemuda AMANAH

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun perlu meletakkan jawatannya, kata Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Taqiuddin Cheman.

Katanya, Idrus gagal melaksanakan tugasnya untuk memberi nasihat yang betul kepada Yang di-Pertuan Agong dalam beberapa perkara yang melibatkan Perlembagaan Negara dan Kuasa-Kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Sekiranya dilihat semula krisis yang berlanjutan sehingga ke hari ini, salah satu watak yang menjadi penyumbang kepada keadaan ini berlaku adalah Peguam Negara.

Advertisement

“Pemuda AMANAH Nasional mendesak agar beliau segera meletakkan jawatan seperti yang pernah digesa oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 16 Julai lalu.

“Secara jelas, Tan Sri Idrus Harun telah gagal melaksanakan tugasnya untuk memberi nasihat yang betul kepada Yang di-Pertuan Agong dalam beberapa perkara yang melibatkan Perlembagaan Negara dan Kuasa-Kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Selain itu beliau juga merupakan antara punca yang menyebabkan kekeliruan terus berlaku melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan atas nama dan jawatan beliau dalam membela tindakan kerajaan pada ketika itu,” kata Taqiuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, Idrus diihat tidak mengamalkan sikap profesional, neutral dan memihak apabila beberapa kali dilaporkan berkunjung ke kediaman Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin sepanjang tempoh krisis yang ditimbulkan kerajaan sekali gus mengundang kecurigaan awam tentang peranannya sebagai Peguam Negara.

“Di samping itu, tindakan yang diambil oleh Tan Sri Idrus Harun ini telah mengundang polemik yang membuka ruang kepada salah faham pelbagai pihak terhadap Kuasa-Kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, Pemuda AMANAH bertegas untuk mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun agar segera mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan secara terhormat seperti mana yang telah dilakukan oleh Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin,” jelasnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top