BM | EN | 中文

PEGAWAI WANITA AKAN DITEMPATKAN DI 56 DUN JOHOR

Liow_Cai_Tung.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OGOS: Kerajaan Johor menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) akan menempatkan seorang pegawai wanita di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu bagi mengenal pasti dan membantu golongan wanita yang menghadapi masalah rumah tangga.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung, berkata penempatan tersebut dijangka dilakukan awal tahun depan dengan pegawai tersebut antaranya memberikan khidmat kaunseling dan informasi khususnya kepada wanita yang sedang di ambang perceraian.

“Pegawai ini akan bekerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) wanita bagi mencari wanita yang memerlukan bantuan sebelum merujuk mereka ke jabatan atau agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW),” katanya.

Advertisement

Bernama melaporkan beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kesedaran: Hak Anda Dalam Perundangan Syariah, anjuran Gabungan NGO Wanita Johor, di sini, semalam.

Seminar disampaikan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Johor, Yunos Ismail dan Pakar Psikologi, Akilah Kamaruddin berkenaan dihadiri 300 peserta rata-ratanya wanita golongan B40.

Liow berkata kerajaan Johor dengan kerjasama NGO dalam pada itu sentiasa menyeru para wanita terutamanya yang mengalami keganasan rumah tangga supaya tidak takut dan malu dalam mendapatkan nasihat, kaunseling serta bantuan guaman supaya hak mereka terbela.

Advertisement

Sementara itu, Yunos berkata kewangan merupakan salah satu faktor wanita khususnya golongan B40 takut untuk mendapatkan nasihat guaman sekali gus menyebabkan mereka terus ditindas dan tidak mendapatkan pembelaan sewajarnya dalam menghadapi masalah rumah tangga.

“Ada wanita yang takut untuk berjumpa peguam kerana merasakan tidak cukup duit. Jadi, seminar secara percuma ini merupakan medan terbaik untuk wanita untuk mendapatkan ilmu berkaitan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top