BM | EN | 中文

Pegawai Sakinah, Wanita Darul Ta’zim yang ditamatkan kontrak diharap terus berbakti

Liow-Cai-Tung.jpg

Liow Cai Tung

Advertisement

JOHOR BAHRU,11 APR: Pegawai Wanita Darul Ta’zim, Pegawai Sakinah Darul Ta’zim dan Pegawai Hospital Darul Ta’zim yang ditamatkan kontrak oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) diharap dapat terus berbakti kepada masyarakat.

Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, beliau berharap mereka yang telah ditamatkan kontrak dapat terus berkhidmat manakala pegawai-pegawai yang akan dilantik seterusnya juga dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan.

“Kami akan terus berjuang demi golongan wanita dan memastikan pemerkasaan golongan wanita sentiasa dicapai,” kata Cai Tung yang juga bekas Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurutnya, notis penamatan kontrak bagi jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa mulai 8 April hingga 8 Mei 2020 dengan notis sebulan.

Difahamkan surat penamatan kontrak itu telah diserahkan kepada 39 orang Pegawai Wanita, 19 Pegawai Sakinah dan empat Pegawai Hospital.

“Keputusan penamatan kontrak ini disambut dengan hati yang berat dan dukacita.

Advertisement

“Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pegawai Wanita Darul Ta’zim, Pegawai Sakinah Darul Ta’zim dan Pegawai Hospital Darul Ta’zim telah menjalankan tugas masing-masing dengan penuh komitmen dan dedikasi untuk membantu masyarakat terutamanya golongan wanita, orang kurang upaya dan keluarga kurang berkemampuan selama ini,” katanya lagi.

Kerajaan Pakatan Harapan Johor sebelum ini melantik Pegawai Wanita Darul Ta’zim bagi kawasan DUN dan Pegawai Sakinah Darul Ta’zim bagi kawasan parlimen bertujuan memastikan inisiatif kerajaan negeri dan YPKDT dilaksana dan disampaikan ke peringkat akar umbi.

Manakala Pegawai Hospital Darul Ta’zim adalah bertujuan menyampaikan modul keibubapaan secara terus kepada golongan sasar di hospital yang ditetapkan.

Advertisement

Program tersebut bertujuan mengangkat peranan golongan wanita dalam aspek pembangunan negara dan meletakkan sasaran 30 peratus bagi penyertaan wanita dalam semua sektor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top