BM | EN | 中文

Pegawai polis bersekongkol dengan Geng Nicky dipanggil

nicky-liow.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 APR: Beberapa pegawai dan anggota polis yang dipercayai bersekongkol dengan Geng Nicky sudah dipanggil untuk membantu siasatan.

Sumber berkata, keterangan mereka diperlukan untuk dibandingkan dengan maklumat diberikan oleh individu yang ditahan.

“Pegawai dan anggota berkenaan sudah diambil keterangan. Keterangan mereka akan dibandingkan dengan pendedahan daripada individu yang sudah ditahan,” katanya semalam.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sedang memperhalusi setiap pendedahan dibuat oleh individu yang ditahan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan tidak mustahil akan ada tangkapan baru dalam kes ini.

“Pada masa sama, kami sedang mengesan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang dipercayai masih berada di dalam negara.

Advertisement

“Sebaik dia ditahan, kami akan mengesan individu yang bersubahat menyembunyikan suspek terbabit dan mereka (yang bersubahat) juga akan didakwa,” katanya, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, Abdul Hamid mendedahkan terdapat pegawai dan anggotanya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Nicky.

Abdul Hamid dipetik berkata, siasatan dilakukan mendapati berlaku kebocoran maklumat apabila Nicky, 33, berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis di SetiaWalk, Puchong, Selangor pada 20 April lalu.

Advertisement

Menurutnya, terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top