BM | EN | 中文

Pegawai menteri KPKT sahkan dokumen tender pusat pelupusan sisa pepejal Bukit Payung

tender-bukit-payung.png
Advertisement

BATU PAHAT, 2 OGOS: Seorang pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin mengesahkan dokumen tender bagi pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal ‘waste to energy’ di Bukit Payung di Batu Pahat

“Ya maklumat saya, ia sahih,” menurut pegawai tersebut dalam teks pesanan whatsapp kepada Johorkini.

Terdahulu hari ini, Johorkini melaporkan tawaran tender bagi pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal ‘Waste To Energy’ di Bukit Payung di Batu Pahat telah dibuka, berdasarkan satu salinan dokumen yang diterima.

Advertisement

Tawaran tersebut ‘Projek Waste To Energy (WTE) di Bukit Payong, Batu Pahat, Johor Secara Kerjasama Awam Swasta’ dikeluarkan Jabatan Penguruan Sisa Pepejal Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dokumen itu turut menyatakan tarikh pendaftaran bagi mendapatkan maklumat tender iaitu pada 10 Ogos 2020 (Isnin) dari jam 10 pagi hingga 11 pagi bertempat di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong, Batu Pahat, Johor.

Dalam dokumen yang dilihat itu, ‘Pelawaan Untuk Mengemukakan’ (Request for Proposal) dibuka kepada syarikat yang mematuhi syarat dengan mempunyai sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan ekuiti oleh syarikat tempatan.

Advertisement

Johorkini sedang mendapatkan respon daripada wakil Gerakan Selamatkan Bukit Payung (GSBP) berhubung perkembangan ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top