BM | EN | 中文

Pegawai kerajaan bersekongkol sindiket daging import cemar industri halal negara – Adun Bukit Batu

jimmy-puah-bukit-batu.jpg

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah

Advertisement

KULAI, 26 DIS: Tindakan beberapa pihak dalam kegiatan kartel penyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal adalah menjijkkan.

Menyatakan rasa kesal, Adun Bukit Batu Jimmy Puah Wee Tse berkata, demi keuntungan maksimum mereka sanggup memberi orang ramai makan makanan yang kotor.

“Saya merasakan apa yang telah dilakukan oleh sindiket kartel daging import dan pegawai kerajaan yang terlibat adalah sangat berat kesalahannya, tidak bertanggungjawab dan mencemarkan nama baik industri halal negara.

Advertisement

“Amat menjijikkan sekali.,” kata Jimmy dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Jimmy, meskipun bukan seorang Muslim, atas semangat rakyat Malaysia, beliau bersolidariti bersama kawan-kawan muslim dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan sindiket kartel daging ini.

“Memakan makanan yang bersih sememangnya dituntut bukan sahaja oleh agama Islam tetapi juga agama lain supaya beroleh tubuh badan yang sentiasa sihat dan cergas.

Advertisement

“Kegiatan mereka ini tiada beza daripada insiden di negara lain yang memproses beras dan telur palsu,” kata Jimmy yang juga Timbalan Pengerusi PKR Johor.

Justeru, itu beliau mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Majlis Agama Islam dan lain-lain agensi berwajib agar mengambil tindakan tegas dan sekeras-kerasnya terhadap mereka yang terlibat.

“Kerajaan juga perlu memberi jaminan kepada rakyat supaya isu seperti ini tidak lagi berulang di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top