BM | EN | 中文

Pegawai kanan Imigresen Johor ditahan terlibat sindiket penyeludupan migran

jabatan-imigresen-malaysia.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JULAI: Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen negeri berpangkat Penolong Pengarah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan migran sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek wanita berusia 50 tahun itu ditahan di salah sebuah kompleks Pejabat Imigresen dalam daerah ini, kelmarin.

“Penangkapan suspek susulan daripada tangkapan tiga pegawai Imigresen yang bertugas di Terminal Feri Pasir Gudang pada 24 Jun lalu.

Advertisement

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menyediakan cop Imigresen disyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang tamat tempoh pas lawatan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 Dengan Menggunapakai Prosedur Siasatan Dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

Advertisement

Sementara itu, Ayob Khan turut memberitahu, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota penguatkuasa yang didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan migran.

“Mungkin ada pegawai tinggi yang beranggapan mereka tidak boleh ditangkap dan berada di atas undang-undang, tetapi saya tegaskan, polis Johor tidak mengira status dan dimana mereka bertugas, sekiranya mereka terlibat kita akan tangkap,” ujarnya.

Sehingga kini, seramai 23 pegawai dan anggota penguatkuasa telah ditangkap berhubung sindiket penyeludupan migran di pantai timur Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top