BM | EN | 中文

Pegawai, dua anggota polis di Johor ditahan dipercayai bersekongkol dengan sindiket dadah

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan pada Selasa dan Khamis lepas, selepas dipercayai bersekongkol dengan sindiket dadah termasuk melakukan pemerasan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pegawai berpangkat Inspektor berumur 31 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara itu ditahan kira-kira 7 malam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Selasa (16 Mac) selepas pihaknya bertindak atas risikan dan siasatan.

“Pegawal berkenaan disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah untuk pasaran negara jiran.

Advertisement

“Siasatan lanjut mendedahkan pegawai itu menjual semula rampasan dadah oleh polis kepada sindiket dadah untuk tujuan peribadi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata selain penahanan pegawai berkenaan, polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Alza dan wang tunal RM1,200 daripadanya.

Katanya, pegawai berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, yang memperuntukkan hukuman ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak selama dua tahun dan perintah sekatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Ayob Khan berkata dua anggota berpangkat Sub Inspektor dan Koperal, masing masing berumur 59 dan 35 tahun yang bertugas di IPD Muar pula ditahan pada Khamis lepas (18 Mac) dalam operasi oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar.

Menurut beliau, kedua-duanya disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang individu di Pacit Jawa, Muar selepas individu terbabit ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu.

“Bagi melindungi kegiatan dadah tersebut, dua anggota polis itu telah meminta wang sebanyak RM3,000 sebagai wang perlindungan, namun, mereka hanya menerima wang sebanyak RM2,800 daripada individu terbabit ketanya,

Advertisement

Katanya. kedua-dua anggota polis terbabit disiasut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan direman dua hari sehingga semalam sebelum diberi jaminan polis.

Sementara itu, Ayob Khan berkata tiga anggota polis dijatuhi hukuman dan perintah tahanan mengikut Seksyen 6(1) ADB LLPK 1985 selama dua tahun, masing-masing di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Simpang Renggam, dekat Kluang dan Batu Gajah, Perak manakala seorang lagi dikenakan perintah sekatan mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama selama dua tahun di PPA, Raub, Pahang

Keempat-empat anggota berpangkat Koperal dan Lans Koperal berkenaan dikenakan tindakan selepas didapati membantu menguruskan kemasukan bekalan dadah ke lokap tahanan iPD Kota Tinggi, Disember tahun lepas.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top