BM | EN | 中文

PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS TUNAI TANGGUNGJAWAB

IMG-20191112-WA0004.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 12 NOV: Pegawai dan anggota polis di daerah ini masing-masing menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Tanjung Piai.

Mereka dilihat mula beratur di dewan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini seawal jam 7pagi.

Advertisement

Ketua polis pontian, Superitendan Mustafa Bakri Salleh berkata, seramai 280 anggota dan pegawai sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang hari ini.

Mustafa Bakri

Beliau berkata, pegawai dan anggota yang terlibat termasuklah 18 orang bagi Dun Pekan Nanas, 210 bagi Dun Kukup, 14 orang pesara serta 38 orang yang bertugas di luar daerah.

“Saya berharap agar segalanya berjalan lancar dan saya menyeru agar semua anggota dan pegawai untuk turun mengundi awal pada hari ini,” katanya kepada wartawan, di sini.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, beliau juga turut menasihati penyokong-penyokong dan parti yang terlibat untuk mengawal emosi sepanjang kempen berlangsung.

“Setakat ini kempen dilihat berjalan dengan lancar, walau bagaimanapun kita tetap bersedia untuk apa-apa provokasi yang akan berlaku di penghujung ini.

“Parti serta penyokong yang terlibat diharap mengawal emosi sepanjang kempen sehinggalah 16 November ini,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top