BM | EN | 中文

Pegawai APMM Johor didakwa atas 13 pertuduhan rasuah

Pegawai-APMM-Johor-didakwa-atas-13-pertuduhan-rasuah.png
Advertisement

KUANTAN, 21 MEI Seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM28,000 sejak 2019 hingga tahun lepas.

Mohamad Sulhan Zainon, 51, yang merupakan Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili APMM Johor bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain dan minta dibicarakan.

Dia didakwa telah diberikan suapan sebanyak RM2,000 hingga RM4,000 daripada seorang pengarah syarikat agar tidak melaksanakan pemeriksaan ke atas kapal, melalui pemindahan wang secara dalam talian di sebuah bank di Bukit Ubi, di sini antara 19 April 2019 hingga 27 Nov 2020.

Advertisement

Tertuduh yang beralamat di Skudai, Johor itu didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed.

Advertisement

Di mahkamah sama, Bintara Kanan Maritim di Zon Maritim Tanjung Sedeli APMM Johor, Mohd Rusdi Mohd Joha, 47, didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,000 pada tahun lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Rusdi didakwa telah diberikan suapan masing-masing bernilai RM1,000 kerana melepaskan kapal milik syarikat seorang individu daripada ditahan, diperiksa dan diambil tindakan penguatkuasaan, melalui pindahan wang secara dalam talian di sebuah bank di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di sini antara 2 April 2020 dan 10 Jun 2020.

Advertisement

Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dia dikenakan denda kurang RM1,000 dan diketepikan hukuman penjara kerana menanggung isteri yang tidak bekerja dan empat anaknya masih bersekolah.

Wan Shaharuddin dalam hujahannya menyokong agar tertuduh diketepikan hukuman penjara kerana ini merupakan kesalahan pertamanya selain dia telah menyesali perbuatan tersebut dan wajar diberikan peluang.

“Saya cadangkan tidak perlu hukuman penjara untuk tertuduh seperti ini, kita simpan penjara itu untuk penjenayah kleptokrasi di Malaysia.

Advertisement

“Bagaimanapun, saya mencadangkan tertuduh dikenakan denda RM1,000 hingga RM1,500 bagi setiap pertuduhan sebagai pengajaran,’ katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top