KUALA LUMPUR, 2 NOV: Sesi Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan lebih iaitu pada jam 1 tengah hari susulan kakitangan Dewan Negara dijangkiti Covid-19.
Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat ketika membentangkan usul penangguhan awal sebentar tadi.
Takiyuddin bagaimanapun berkata penangguhan hanya melibatkan sesi hari ini sahaja.
Dalam pada itu Senator Ras Adiba Radzi memaklumkan bahawa salah seorang pegawai khas yang juga merupakan adiknya iaitu Ras Afiona Radzi telah disahkan positif COVID-19 setelah melakukan ujian saringan baru-baru ini.
Ras Adiba dalam satu kenyatannya berkata, pegawainya itu kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
“Untuk makluman semua, saya dan seramai sepuluh orang ahli keluarga saya sedang menunggu keputusan saringan COVID-19.
“Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan keluarga.
“Namun, saya redha dengan apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang. Saya memohon agar Yang Esa melindungi kita semua dari wabak pandemik COVID-19 ini,” katanya lagi.
Johorkini