BM | EN | 中文

Pecah peti simpanan majikan, pekerja kilang perabot di JB ditahan

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 MAC: Polis menahan seorang bekas pekerja kilang perabot, di Jalan Rumbia 69, Taman Daya, di sini, petang semalam, selepas dipercayai memecah peti simpanan dan mencuri wang majikannnya di kilang terbabit di Taman Tan Sri Yaakob di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berumur 59 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang, iaitu tidak sampai tempoh 24 jam selepas kejadian, setelah polis bertindak atas laporan majikan yang merupakan pemilik kilang terbabit.

“Dalam laporannya, pemilik kilang yang merupakan seorang lelaki berumur 50 tahun itu mengadu menyedari kehilangan wang tersebut daripada peti simpanannya yang didapati sudah dipecahkan, pada kira-kira 6.30 petang, pada Rabu.

Advertisement

“Didapati hanya duit syiling sahaja yang berada di dalam peti simpanan terbabit manakala wang kertas bercampur-campur yang dianggar sebanyak RM200,000 sudah hilang disyaki dicuri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata hasil siasatan terhadap suspek, dia mengaku mencuri wang sebanyak RM35,000 daripada peti simpanan berkenaan dan RM25,000 daripadanya digunakan untuk membayar hutang along manakala bakinya untuk berjudi.

Beliau berkata polis turut merampas satu telefon bimbit dan wang tunai RM650 daripadanya.

Advertisement

Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas daripada pengaruh dadah itu, kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top