BM | EN | 中文

PDZ, Sanichi akan bangunkan bersama hab logistik e-dagang di Desaru, Johor

PDZ-Holdings-Bhd-Sanichi-Technology-Bhd.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JUL: Firma perkapalan PDZ Holdings Bhd dan pengeluar acuan ketepatan Sanichi Technology Bhd akan mereka bentuk, membangun dan menguruskan bersama hab logistik e-dagang serantau di kawasan seluas 94.7 hektar di Desaru, Johor.

Kedua-dua syarikat tersenarai itu berkata mereka telah memuktamadkan perjanjian kerjasama yang akan membawa kepada penubuhan syarikat tujuan khas (SPV) bagi melaksanakan projek itu.

“Tapak lokasi disasarkan seluas 234 ekar bagi hab logistik e-dagang itu adalah bertujuan untuk memudahkan aktiviti pecah pukal, pembungkusan dan pengedaran di seluruh Asia Tenggara,” kata kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Advertisement

Menerusi kerjasama itu, PDZ akan menyediakan kepakaran teknikal dalam pengurusan logistik bagi mereka bentuk dan melaksanakan platform digital berautomasi selain prasarana teknologi maklumat dan komunikasi bertaraf dunia bagi memudahkan operasi hab logistik e-dagang.

Sanichi, syarikat kejuruteraan ketepatan dan pemaju hartanah akan bertanggungjawab mendapatkan tapak serta permit dengan agensi kerajaan berkaitan, ditambah dengan mereka bentuk, membangunkan dan membina keseluruhan tapak seluas 94.7 hektar itu.

Menurut kedua-dua syarikat itu, kemungkinan ada pemegang kepentingan yang masih belum dikenal pasti akan terlibat dalam usaha niaga tersebut, sambil menambah mereka akan memuktamadkan senarai lengkap pemegang kepentingan dalam masa 90 hari daripada permeteraian perjanjian bagi menubuhkan SPV untuk melaksanakan projek mega itu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top