BM | EN | 中文

PDRM umum pertukaran tujuh pegawai kanan berkuat kuasa 5 Julai

PDRM-Polis.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Sabah, Supt Zairolnizal Ishak antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 5 Julai depan.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandaguru dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Zairolnizal dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Sabah.

Pertukaran lain melibatkan Pegawai Turus Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Terengganu DSP Shuhaimi Jusoh dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kelantan dengan memangku pangkat Supt.

Advertisement

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Negeri Sembilan DSP Kamarul Rizal Jenal dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan memangku pangkat Supt.

“Pertukaran lain melibatkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang DSP Mohammad Shofee Tayib yang akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pontian, Johor dengan memangku pangkat Supt,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Kelantan DSP Wan Mohd Sokri Wan Yusoff pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Pahang dengan memangku pangkat Supt.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top