BM | EN | 中文

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

PDRM-Polis.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Pegawai Turus Risikan, Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Superintenden Amir Hussin merupakan antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 2 Feb depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan semalam memaklumkan Amir akan dilantik sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM di Perlis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Kelantan DSP Sik Choon Foo akan bertukar jawatan sebagai Ketua Polis daerah tersebut dengan memangku pangkat Superintenden.

Advertisement

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Perak DSP Mohd Sohaimi Ishak pula akan bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor dengan turut memangku pangkat Superintenden.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top