BM | EN | 中文

PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan termasuk di Johor

PDRM-Polis.jpg

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan pertukaran membabitkan empat pegawai kanannya, berkuatkuasa 12 Okt depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata, pertukaran itu membabitkan Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman ACP Zulkafli Sariaat.

Zulkafli akan memangku pangkat SAC akan memegang jawatan SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan Dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Juruiring Kepada Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor ACP Rupiah Abd Wahid pula, bakal memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Johor.

Pertukaran lain melibatkan Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor Supt Low Hang Seng, yang dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kluang, Johor dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran itu turut menyaksikan Pegawai Pemerintah Batalion 4 Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, JKDNKA, Semenyih, Selangor Supt Zulafendy Hassan, dilantik menjadi Timbalan Komander PPM (Kepolisan Am/Strategik/ Siasatan), JKDNKA, Bukit Aman, dengan memangku pangkat ACP.

Bernama

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top