BM | EN | 中文

PDRM perlu posisikan organisasi itu sebagai ‘perkhidmatan’, pembela hak rakyat – Chin Tong

Liew_Chin_Tong-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu memposisikan institusi itu lebih sebagai “perkhidmatan” dan “pembela hak rakyat” berbanding sebagai “kekuasaan”, walaupun perlu mengekalkan beberapa keupayaan dan ciri separa tenteranya.

Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong berkata, beberapa kejadian melibatkan organisasi itu baru-baru ini menunjukkan perlunya reformasi secara menyeluruh.

“Semangat utama Laporan Tun Dzaiddin adalah untuk menjadikan PDRM lebih peka kepada rakyat.

Advertisement

“Akhirnya, PDRM harus lebih telus dan bertanggungjawab, terutama kepada badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan dan rakyat,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan semalam.

Pada tahun 2004, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang dilantik Yang di-Pertuan Agong telah mempengerusikan Suruhanjaya Diraja untuk meningkatkan operasi dan pengurusan PDRM.

Penemuan suruhanjaya itu yang dikenali sebagai Laporan Suruhanjaya Tun Dzaiddin telah diterbitkan setahun kemudian dengan lebih daripada 600 halaman dan 125 cadangan untuk menjadikan PDRM lebih baik.

Advertisement

Antara objektif strategik laporan tersebut berpendapat PDRM perlu terus menegakkan undang-undang, menjaga keamanan dan memerangi jenayah tetapi dalam mencapai matlamat ini.

PDRM juga mesti mematuhi hak asasi manusia, menggunakan kuasa-kuasa mereka dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Dalam pada itu kata Chin Tong, PDRM mesti terus menegakkan undang-undang, menjaga ketertiban, memerangi jenayah, harus mencapai tujuan dengan mematuhi hak asasi manusia, membatasi dan melanggarnya hanya apabila perlu dan dibenarkan oleh undang-undang.

Advertisement

“Laporan Tun Dzaiddin menyokong perkhidmatan polis rakyat, bukan kekuasaan yang hanya melayani kepentingan negara.

“Laporan ini menganjurkan pendemokrasian perkhidmatan polis demi perkhidmatan dan juga rakyat.

“Pasukan polis yang bertanggungjawab adalah institusi demokrasi yang penting,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top