BM | EN | 中文

PdPR selepas Aidilfitri: “Radzi Jidin, mana laptop?

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 12 MEI: Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin dipersoalkan kerana terus membisu selepas pengumuman permulaan semula kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) selepas hari raya Aidilfitri.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, tindakan Radzi mendiamkan diri tidak akan berjaya menyelesaikan masalah pendidikan di negara ini.

Beliau turut mendesak Radzi mengotakan janji pemberian komputer riba sebanyak 150,000 unit kepada pelajar dan murid bagi kemudahan proses pembelajaran atas talian.

Advertisement

“Mana janji kerajaan mahu memberikan laptop sebanyak 150,000 unit kepada pelajar di 500 buah sekolah rintis dalam negara?

“Ini bukan masa beliau (Radzi Jidin) mendiamkan diri dan lari dari berhadapan dengan janji-janji yang ditabur mereka sebelum ini.

“Sekiranya kerajaan tidak mampu menunaikan perkara tersebut janganlah berjanji kerana rakyat berharap dengan apa yang dikatakan oleh kerajaan itu,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang mendesak kerajaan menyenaraikan 500 buah sekolah sasaran tersebut untuk dijadikan rujukan berkenaan pemberian komputer riba.

Kata Taqiuddin penutupan parlimen dan sidang DUN Johor akibat darurat menyebabkan proses semak imbang tidak berjaya dilakukan.

“Ke mana bajet dalam pembelian ‘laptop’ tersebut? Perkara ini perlu dijawab.

Advertisement

“Kerajaan sepatutnya telus dengan rakyat dan menyenaraikan berapa kuantiti ‘laptop’ yang telah dibeli, agihannya dan sekolah mana yang terlibat.

“Ketelusan ini penting kerana membabitkan bajet sebanyak RM150 juta yang akan dikumpulkan dalam Tabung Cerdik. Berapa banyak telah terkumpul dalam tabung berkenaan.

“Radzi perlu menerangkan hal ini.

Advertisement

“Bukan membisu seperti tiada ada apa-apa yang rakyat perlukan, sedangkan PdPR akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Kegunaan laptop terutamanya untuk keluarga kurang berkemampuan amat penting,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top