BM | EN | 中文

PdPR selama dua minggu di sekolah seluruh negara bermula hari ini

PdPR-Setahun-sudah-berlalu-alasan-‘masih-dalam-kajian-tak-boleh-dipakai.png

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Seminggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, sesi pembelajaran murid sekolah diteruskan hari ini dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sekolah kumpulan B.

Sesi pembelajaran itu bermula hari ini sehingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Bagi sekolah kumpulan A, (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) sesi pembelajaran itu telah bermula semalam sehingga 27 Mei.

Advertisement

Beberapa orang ibu bapa memberikan respons positif susulan pengumuman pelaksanaan PdPR selama dua minggu ini, dibuat Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin dalam sidang media pada 26 April (hampir dua minggu sebelum cuti raya Aidilfitri).

Pengguna media sosial Azizan Abu Bakar berkata beliau menyokong keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan PdPR bertujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan.

“Win-win situation bagi mengelak kluster Hari Raya menular ke sekolah dan tindakan makluman awal pun sangat tepat supaya pihak sekolah boleh merancang awal bahan PdPR untuk murid sebelum mula bercuti hari raya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Advertisement

Noriah Saleh, 34, ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah berkata anaknya kini sudah membiasakan diri untuk belajar secara PdPR menggunakan modul latihan yang disediakan guru sebelum cuti Aidilfitri bermula.

“Cikgu akan hantar pesanan melalui apilkasi WhatsApp pada ibu bapa untuk ingatkan anak-anak dan memantau mereka buat latihan ikut subjek. Kelas dalam talian pun sudah ada jadual dan lebih teratur,” katanya.

Bapa kepada dua pelajar, Yusri Mohd, 40, berkata sebagai persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan, beliau mengingatkan anaknya supaya mengikuti kelas di DidikTV sekiranya tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian.

Advertisement

“Untuk pastikan tidak tertinggal pelajaran saya suruh anak tengok televisyen (DidikTV) untuk belajar sebagai tambahan selain baca nota dan siapkan latihan yang cikgu bagi untuk ulang kaji setiap hari,” katanya.

Sebelum ini, Radzi memaklumkan selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top