BM | EN | 中文

PdPR: Kerajaan perlu tangani tiga isu kritikal pendidikan – MP Kulai

teo-nie-ching-1.jpg

Teo Nie Ching (Gambar Ehsan SAYS.com)

Advertisement

KULAI, 25 JAN: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching membangkitkan tiga isu kritikal yang perlu ditangani kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan persiapan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menurut bekas timbalan menteri pendidikan itu, tiga isu kritikal PdPR yang masih gagal ditangani oleh kerajaan adalah ketiadaan alat peranti elektronik, ketiadaan akses internet dan peranan TV Pendidikan.

“KPM sejak Mac tahun lalu diarahkan untuk melaksanakan inisiatif PdPR ini, namun sehingga hari ini kita masih menghadapi masalah dan berada pada tahap yang sama,” kata Nie Ching dalam kenyataannya hari ini.

Advertisement

Katanya, sejak April 2020, KPM sedar bahawa 36.9 peratus pelajar di Malaysia tidak mempunyai alat peranti elektronik bagi menjalani pembelajaran atas talian. Ini bermakna lebih kurang 1.7 juta pelajar terdesak memerlukan komputer riba ataupun tablet bagi memenuhi PdPR.

Nie Ching dilaporkan berkata, pada November 2020, beliau telah menyatakan bahawa 150,000 komputer riba yang dijanjikan Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2021 tidak mencukupi untuk para pelajar.

“Malah, di mana 150,000 komputer riba yang dijanjikan itu?

Advertisement

“Bagaimana kerajaan boleh berpuas hati dengan menjanjikan 150,000 komputer riba, sedangkan PdPR adalah norma baharu yang akan dilalui dalam satu tempoh masa yang panjang?” soalnya.

Dalam pada itu beliau mendedahkan menerima banyak berita mengenai kesukaran terpaksa dilalui para pelajar, guru dan ibu bapa untuk mendapatkan akses internet.

“Apakah pengajaran yang diambil oleh kerajaan melalui kisah Veveonah Mosibin, Cikgu Mujalifah Kassim dari SMK Sibu Jaya, Cikgu Sambau Dugat dari SMK Lubok Antu dan tiga pelajar yang tercedera ketika mencari akses internet di Ranau Sabah?” soalnya lagi.

Advertisement

Nie Ching turut mendesak kerajaan menyatakan rancangan mereka bagi pelajar yang tiada akses internet.

“Adakah kerajaan bersedia untuk menyediakan pakej data internet satelit percuma untuk mereka? soalnya lanjut.

Beliau menambah, perkhidmatan TV Pendidikan pada masa ini amat penting sekali, namun kandungan dan tempoh masa tayangan tidak mencukupi.

Advertisement

“Sejak tahun 2020, kami telah menyatakan kekurangan saluran TV Pendidikan ini, bahkan turut diakui Menteri Pendidikan sendiri.

“Namun, mengapa masih belum ada penambahbaikan?” soal Nie Ching lagi.

Beliau bagaimanapun berkata, situasi pandemik ini adalah cabaran amat besar buat semua dan turut memahami kesulitan yang dihadapi pihak kerajaan.

Advertisement

“Kerajaan harus pantas menangani isu-isu kritikal dan cabaran ini kerana masa depan anak-anak Malaysia yang dipertaruhkan,” tegasnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top