BM | EN | 中文

PdPR: Apa rancangan Kementerian Pendidikan ketika sekatan pergerakan? – J’kuasa Pendidikan PH

PH-Pakatan-Harapan-PH.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membentangkan kaedah pembelajaran dalam tempoh pergerakan kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun ini.

Menurut kenyataan itu, antara persoalan yang dibangkitkan sama ada murid-murid akan kembali ke sekolah ataupun akan mengikuti kaedah PdPR.

“Apakah pelannya jika sekatan perjalanan dilanjutkan atau ditamatkan? Kita tidak mahu keputusan di saat terakhir seperti kelazimannya,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Dr Maszlee Malik, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (AMANA), Natrah Ismail (PKR) dan Steven Sim Chee Keong (DAP).

Tambah kenyataan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu telah tamat dan cuti sekolah selama dua minggu akan bermula.

Manakala kerajaan telah mengumumkan sekatan pergerakan terkini dari 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Advertisement

“Sepanjang sesi PdPR yang terkini ini, masalah-masalah lama masih belum selesai,” tambahnya.

Menurut jawatankuasa pendidikan PH, para guru dan pelajar masih dibelenggu dengan keadaan tiada peranti, capaian internet yang lemah dan suasana pembelajaran yang tidak kondusif.

Dalam pada itu, sukatan mata pelajaran perlu direka untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar sesuai diadaptasi kepada PdPR dan kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran atas talian, pelaksanaan TV Pendidikan yang tidak efektif, diatasi.

Advertisement

“Hal yang sama dihadapi oleh murid-murid di mana 150,000 komputer riba yang dijanjikan sehingga kini belum nampak lagi diterima oleh murid-murid dari keluarga B40.

“Apakah perancangan Kementerian Pendidikan selepas tamatnya sekatan pergerakan tersebut? Bilakah Kementerian Pendidikan akan mengumumkan rancangan seterusnya bagi sesi persekolahan yang akan datang? tambah kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top