BM | EN | 中文

PBT PENGERANG SERIUS BANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN

Hazlina-e1575776968877.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS: Melalui Pelan Tindakan Pelancongan 2030, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang serius membangunkan industri pelancongan di kawasannya.

Menurut Yang Dipertua PBT Pengerang, Hazlina Jalil, usaha merangka pelan tindakan ini sudah bermula sejak tahun lepas.

“Pelan tindakan ini dirangka dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai perunding.

Advertisement

“Pelan ini dirangka memandangkan di Pengerang terdapat banyak tempat menarik dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai tempat pelancongan.

“Dengan pelan ini, pembangunan pelancongan di kawasan ini akan lebih teratur dan sistematik” katanya kepada JohorKini di Karnival Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kechil, di sini, semalam.

Karnival yang dianjurkan oleh PBT Pengerang ini bersempena dengan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Pelancongan 2030.

Advertisement

Karnival pantai yang berlangsung selama empat hari bermula semalam juga bertujuan bagi Majlis Perasmian Pantai Tanjung Buloh yang dibuka semula setelah penambahbaikan infrastruktur berjumlah RM2 juta.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top