BM | EN | 中文

PBT PENGERANG PERTAMA DI JOHOR TUBUH TASKA DENGAN KPYPJ

dr.sahruddin.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 5 DIS : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang menjadi PBT pertama di negeri Johor menyediakan taska dengan kerjasama Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ).

Yang Dipertua PBT Pengerang, Hazlina Jalil berkata, satu memorandum persefahaman (MOU) diantara PBT Pengerang dan KPYPJ ditandatangani hari ini bagi penubuhan taska dan tadika PBT Pengerang yang dinamakan sebagai Taska Pintar Hikmah.

“PBT Pengerang telah mengambil inisiatif dalam menyediakan kemudahan taska bagi membantu mengurangkan kos sara hidup kakitangan PBT dan orang ramai di sekitar Pengerang.

Advertisement

“Sekaligus akan menjadi platform kepada pengembangan sistem pendidikan awal kanak-kanak yang telah dipelopori oleh pihak KPYPJ.

“PBT Pengerang merupakan PBT pertama dalam negeri Johor yang menjalinkan kerjasama dengan pihak KPYPJ bagi mewujudkan inisiatif ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Pelancongan 2030 dan Perasmian Pantai Tanjung Buloh di Pantai Tanjung Buloh, Mukim Sedili Kechil, hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Advertisement

Jelasnya, diharapkan inisiatif berkenaan dapat diperluaskan ke seluruh negeri Johor dengan penglibatan PBT – PBT lain.

Terdahulu, majlis penyerahan MOU diantara PBT Pengerang dan KPYPJ itu disaksikan Dr Sahruddin.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top