BM | EN | 中文

PBT PENGERANG DIISYTIHAR MAJLIS PERBANDARAN

zuraida-2.jpg
Advertisement

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 11 NOV : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang diisytihar sebagai Majlis Perbandaran berkuatkuasa hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu diluluskan oleh Kabinet pada Mei lalu.

Advertisement

Katanya, PBT Pengerang telah mencapai kriteria untuk dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran iaitu jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dengan jumlah hasil tahunan melebihi RM20 juta.

Penghulu dan ketua kampung daerah Pontian yang menghadiri majlis perjumpaan bersama Zuraida dan Sahruddin.

“Untuk dinaiktaraf Majlis Perbandaran kena ada 150,000 penduduk dan Pengerang sudah capai jumlah itu.

“Pengerang juga telah mencapai kutipan RM32 juta setahun iaitu melebihi syarat diperlukan,” katanya kepada wartawan selepas majlis perjumpaan bersama penghulu dan ketua kampung daerah Pontian, di sini, hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Yang Dipertua PBT Pengerang, Hazlina Jalil.

Selain itu, kata Zuraida, Pengerang juga akan dijadikan model bandar pintar bukan saja di Johor tetapi kepada negeri-negeri lain.

“Satu kawasan di selatan seluas 300 ekar telah dizonkan menjadi zon bandar pintar. Semua teknologi pintar seperti e-motor, e-transportation dan sebagainya yang masuk dalam zon ini harus bertepatan mengikut garis panduan kerangka bandar pintar,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, konsep bandar pintar itu bukan hanya tertakluk kepada Majlis Perbandaran, tetapi juga boleh dilaksanakan di peringkat kampung.

“Kampung juga boleh jadi kampung pintar. Kemajuan perkampungan itu tidak semestinya tersekat hanya kerana tidak berada di bawah Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya.

“Walaupun mengekalkan pembinaan tradisi tetapi kemudahan kampung harus dimodenkan seperti di bandar,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Sahruddin berharap pengisytiharan Majlis Perbandaran Pengerang dan konsep bandar pintar akan memajukan lagi kawasan Pengerang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top