BM | EN | 中文

PBT PANTAU MASALAH SEMAK SAMUN SECARA BERKALA ELAK BENCANA ANCAM KESELAMATAN

gmbr-fail-tan-chen-choon.jpg

Adun Jementah, Tan Chen Choon

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor sentiasa melaksanakan pemantauan di lapangan secara berkala berkaitan masalah semak samun bagi mengelakkan berlakunya bencana yang boleh mengancam kesihatan atau harta seterusnya menjejaskan keselamatan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan keseluruhan kawasan pentadbiran sentiasa bersih.

Katanya, kawasan pemantauan berkenaan meliputi kawasan milik individu, syarikat, rizab kerajaan dan kawasan yang tidak dijadualkan dalam jadual kerja pembersihan awam daripada syarikat konsesi dilantik oleh SWCorp.

Advertisement

“Kerja-kerja pembersihan awam yang dilaksanakan meliputi kerja-kerja pembersihan premis dan kawasan terbiar dan pembersihan kawasan yang tidak dijadualkan dan tindakan terhadap aduan awam,” katanya pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Terdahulu, Chen Choon (PH-Jementah) menjawab soalan Datuk Osman Sapian (PH-Kempas) berkenaan apakah tindakan yang diambil PBT untuk jangka masa panjang supaya kes kebakaran hutan dan tempat pelupusan tanah haram, tanah masalah berstatus perumahan yang terbiar tidak berulang.

Chen Choon berkata, penguatkuasaan undang-undang merupakan sebagai satu kaedah terakhir bagi kawalan kebersihan dan pencemaran alam sekitar selepas program promosi dan pendidikan kesihatan dijalankan.

Advertisement

Katanya, tindakan undang-undang yang diambil adalah dibawah peruntukan Akta 171 iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil yang digubal dibawah peruntukan akta tersebut.

“Notis Kacau Ganggu (Semak Samun) Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 merupakan satu pemberitahuan amaran kepada penerima berkaitan kesalahan “membiarkan kawasan rumah atau tanah terbiar dengan dipenuhi semak-samun yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk dan vermin lain” yang dilakukan dan diberi suatu tempoh tertentu (14 hari) untuk mengambil langkah pembasmian.

“Kos pembersihan akan dituntut kepada pemilik atau pemunya premis menggunakan peruntukan Seksyen 82 (4) dan Seksyen 114, Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.

Advertisement

Manakala, bagi tindakan rentas agensi juga akan dilaksanakan bagi kes pelupusan dan pembakaran sisa pepejal secara haram oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdasarkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan 2019.

Seterusnya, tindakan penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka pula akan diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah peruntukan Seksyen 29A – Larangan Atas Pembakaran Terbuka, Akta 127.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top