BM | EN | 中文

PBT JOHOR PERLU CAKNA MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI 

Chen-Choon-bersama-Alexander-Leicht-pengerusi-ESD-UNESCO.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: Kerajaan Negeri komited dalam usaha menerapkan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, pihaknya kini merancang untuk melengkapkan pegawai PBT dengan pengetahuan SGD.

“PBT adalah pihak yang terkehadapan dalam usaha menyampai dan memastikan kesejahteraan masyarakat.

Advertisement

“Oleh itu, para pegawai PBT tidak seharusnya dalam keadaan yang tidak jelas berkenaan isu ini.

“Mereka perlu sentiasa dilengkapi dan mengemaskini pengetahuan berkenaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG),” kata Chen Choon kepada Johorkini.

Terdahulu, Tan membentangkan kertas kerja ketika mewakili kerajaan Johor untuk berkongsi peranan, pencapaian dan komitmen pusat kepakaran serantau (RCE) Iskandar Malaysia di Simposium Pendidikan Untuk Kelestarian Pembangunan (ESD) di Tongyeong, Korea Selatan.

Advertisement

Kertas kerja yang dibentangkan semasa ESD di Tongyeong, Korea Selatan.

Program yang berlangsung dari 25 hingga 27 September itu dianjurkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Melalui pembentangannya beliau berkata, dalam masa beberapa tahun, RCE Iskandar akan melaksana dan mengenengahkan SDG dalam perancangan dasar tempatan dan strategik melalui Majlis Rendah Karbon Johor (JLCC) yang baru ditubuhkan.

Katanya melalui JLCC, agensi persekutuan, negeri, PBT, institusi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh bekerjasama di bawah platform sama bagi merancang, bertukar pandangan dan melaksana dasar secara inklusif menurut prinsip ESD.

Advertisement

“RCE Iskandar melalui JLCC akan menjadi platform bagi memupuk proses pemikiran selain membentuk rangkaian dengan pihak yang  memiliki visi bersama mengenai isu-isu kelestarian dan SDG.

“JLCC juga berfungsi sebagai platform untuk mencari penyelesaian yang mampan dengan mengupayakan kumpulan akar umbi dan pemimpin tempatan untuk menangani dan mengatasi cabaran yang dihadapi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top