BM | EN | 中文

PBT JOHOR DIGALAK TUBUH FOODBANK, BANTU GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

PBT-Johor-digalak-tubuh-foodbank-bantu-golongan-kurang-berkemampuan.jpg
Advertisement

PONTIAN, 11 OGOS: Kerajaan Johor bertekad dalam usahanya untuk meringankan beban rakyat di negeri ini yang menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Shahrudin Jamal berkata, antara langkah dilakukan kerajaan negeri adalah melalui penubuhan ‘foodbank’ yang bertujuan menjimatkan perbelanjaan seharian bagi golongan yang kurang bermampuan.

Advertisement

“Objektif program ini adalah salah satu usaha untuk membantu kerajaan meringankan kesan kenaikan kos sara hidup, menjimatkan perbelanjaan seharian golongan yang kurang berkemampuan,” kata Sahrudin pada majlis perasmian Food Bank Yayasan Harapan Pontian 2019, di Pontian, Khamis lalu.

Sahruddin berkata, sebagai permulaan, Majlis Daerah Pontian telah dipilih sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) perintis bagi projek ‘foodbank tersebut yang diselia oleh Yayasan Majlis Daerah Pontian.

Beliau yang juga merupakan Adun Bukit Kepong berkata, sekiranya mendapat sambutan dan diselia dengan baik, program Food Bank Yayasan Harapan ini akan diperluaskan ke seluruh negeri Johor dan akan dijalankan melalui Yayasan PBT bagi setiap daerah.

Advertisement

Di samping itu katanya, kerajaan negeri akan turut bekerjasama dengan semua agensi dan jabatan berkaitan bagi memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada program ini.

“Program ini sebenarnya membawa mesej besar bagi memastikan setiap yayasan di bawah PBT masing-masing akan meneruskan kerjasama dengan agensi kerajaan demi kesejahteraan komuniti setempat.

“Saya berharap pada masa akan datang, ia diperluaskan lagi bagi membolehkan lebih ramai masyarakat mendapat manfaat daripadanya,” kata Sahruddin.

Advertisement

Program ‘foodbank’ merupakan sebuah konsep perkongsian di kalangan pemberi dan penerima dilengkapi keupayaan logistik, penaja, sukarelawan dan penerima yang dikenalpasti.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top