BM | EN | 中文

PBT di Johor dibenar tutup operasi premis langgar syarat PKPB

R-Vidyananthan-Kahang.jpg

Vidyananthan (kiri) ketika meninjau fasiliti kesihatan di Segamat (Gambar Ehsan FB R Vidyananthan)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MEI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor dibenarkan untuk menutup premis yang melanggar syarat-syarat kebenaran operasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan dalam satu kenyataan menjelaskan situasi semasa kes Covid-19 di negeri Johor, hari ini.

“PBT juga boleh melaksanakan tindakan penutupan operasi, sekiranya mendapati premis perniagaan atau kilang gagal mematuhi garis panduan kesihatan yang ditetapkan oleh MKN.

Advertisement

“Tindakan penguatkuasaan ini adalah bagi memastikan sektor industri, kilang dan perniagaan mematuhi prosedur operasi standard MKN dalam tempoh PKPB ini,” Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, langkah pelaksanaan PKPB ini akan dibuat secara bersepadu melibatkan kerjasama PBT, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan semua jabatan/agensi keselamatan yang terlibat secara langsung.

Tambahnya, kerajaan Johor bersetuju melaksanakan PKPB yang berkuatkuasa 4 Mei, namun ia mengikut kemampuan setiap PBT dalam membuat penguatkuasaan selain menangani penularan wabak Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top