BM | EN | 中文

PBSM mohon gelandangan di Johor Bahru divaksin

Persatuan-Bulan-Sabit-Merah-Malaysia-PBSMM.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JUN: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kebangsaan telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Johor minggu lepas berhubung keperluan memberikan vaksin kepada gelandangan di bandar raya ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor berkata usaha itu merupakan antara langkah bagi mengelakkan penularan kes COVID-19 melibatkan golongan tersebut.

Beliau berkata jumlah gelandangan yang berdaftar di bawah PBSM itu diusulkan menerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Johor.

Advertisement

“Kita mahu kerajaan negeri turut ambil perhatian, justeru itu minggu lepas kita telah bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail dan beliau telah bersetuju (untuk memberikan vaksin kepada gelandangan).

“Kita usul senarai nama iaitu seramai 229 gelandangan yang berdaftar di bawah PBSM… kerana ada keperluan untuk mereka juga dapat vaksin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Rashidi berkata demikian ketika ditanya sama ada PBSM melakukan sebarang usaha berhubung pemberian vaksinasi melibatkan golongan gelandangan di Johor.

Advertisement

Mengulas laporan media luar yang mendakwa terdapat kira-kira 500 gelandangan di bandar raya ini, beliau berkata angka itu tidak tepat kerana jumlah sebenar golongan itu adalah dianggarkan tidak melebihi 250 orang.

“Paling banyak kita anggarkan tidak Iebih 250 gelandangan dan is termasuk yang berdaftar di bawah PBSM iaitu seramai 229 orang. Jadi laporan itu tidak benar,” katanya.

Beliau juga berharap perancangan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk membina sebuah pusat transit kepada gelandangan di Larkin dapat disiapkan pada akhir tahun ini seperti yang dijadualkan.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top