PAWE TERHARU CALON PH SANTUNI WARGANYA
Karmaine (tiga, kiri) berbual dengan Gzali (dua, kanan)

PAWE TERHARU CALON PH SANTUNI WARGANYA

 

PONTIAN, 8 NOV : Pertubuhan Kebajikan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Gemilang terharu apabila rumah mereka dikunjungi oleh calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini.

Menurut Pengerusinya, Gzali Abd Ghani, 67, kesudian calon PH untuk bertandang di rumah aktiviti mereka adalah suatu penghargaan yang besar bagi mereka.

Gzali

“Saya berasa sungguh gembiralah bila ada pemimpin atau bakal pemimpin hadir dan memang kita mengalu-alukan kehadiran pemimpin dari pelbagai latar belakang.

“Dengan kehadiran Haji Karmaine ini ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami dan kami di sini pun memang tidak mengamalkan sebarang aktiviti politik, tetapi kehadiran beliau adalah gambaran semangat atau kesungguhan kerajaan hari ini mahu membantu kami.

“Ahli kami nak sokong itu terpulang tetapi Haji Karmaine ini cukup syarat dan berkaliber untuk bertanding di Tanjung Piai,” katanya kepada JohorKini.

Sebelum itu, Karmaine yang merupakan calon PH di Tanjung Piai telah melapangkan masa untuk menghadirkan diri dalam Program Jalinan Mesra Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas Pontian.

Dalam pada itu, PAWE juga adalah pertubuhan yang mengumpulkan warga-warga emas untuk mengadakan aktiviti yang berfaedah seperti jualan, bertani dan sosial.

Gzali memberitahu, terdapat ahlinya yang berlatar belakang pencen dari pelbagai jabatan sebelum ini, maka berkongsi segala kemahiran yang dimiliki di sini.

“Alhamdulillah ahli kami semakin ramai dan bertambah kerana sebelum ini PAWE banyak mengadakan aktiviti riadah keluarga dan pelbagai lagi aktiviti,” ujarnya lagi.

PAWE ditubuhkan pada tahun 2004 di Rimba Terjun sebelum berpindah ke Jalan Umno Pontian Johor.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )