BM | EN | 中文

Patuhi SOP, jaga keselamatan dalam perjalanan, pesan Tunku Mahkota Johor

tmj.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 JUL: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, berpesan kepada orang ramai agar berhati-hari dan menjaga keselamatan sepanjang musim perayaan Aidil Adha kali ini.

Baginda dalam titah ucapan sempena perayaan hari raya Aidil Adha turut berpesan kepada orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti mana yang disarankan kerajaan.

“Sempena perayaan Aidiladha yang bakal disambut oleh umat Islam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan saya berdoa agar ibadah korban yang dilaksanakan kali ini diterima Allah SWT dan mendapat keberkatan.

Advertisement

“Saya juga berharap agar anda mengutamakan keselamatan semasa perjalanan pulang ke kampung. Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) semasa di kampung.

“Anggaplah dugaan kali ini sebagai ibadah dan pengorbanan demi keselamatan kita semua,” titah baginda seperti yang disiarkan di laman Facebook rasminya, semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top