BM | EN | 中文

PATUHI PERATURAN PILIHAN RAYA – SPR

IMG-20191115-WA0012.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 15 NOVEMBER : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua calon dan penyokong parti politik mematuhi peraturan pilihan raya pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai esok.

Advertisement

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ini termasuklah tidak memakai baju dan membawa kain rentang yang memaparkan logo dan slogan parti serta nama dan wajah calon pada jarak 50 meter dari kawasan mengundi.

“Saya mohon sangat perkara itu tak berlaku lagi kerana sebelum ini terdapat seorang dua yang berbuat demikian termasuk calon.

“Tak tahulah mereka lupa, tak faham atau sengaja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengagihan peralatan pilihan raya dan peti undi PRK Tanjung Piai di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, penyokong juga dilarang berkumpul serta melakukan aktiviti meraih undi dan memasang barong panas pada hari pengundian.

“Saya harap penyokong tidak berkumpul di mana-mana terutama berhampiran pusat mengundi. Ini kerana ia boleh menimbulkan ketidaktentaraman awam dan boleh jadi aktiviti provokasi.

“Untuk elak perkara itu terjadi saya harap tiada penyokong berkumpul, bersorak, bawa pembesar suara dan sebagianya esok. Marilah kita jalankan hak sebagai pengundi dengan aman dan matang,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Azhar berpuas hati dengan persiapan SPR dan memaklumkan sebanyak 119 pegawainya akan bertugas esok.

“Saya seru semua pengundi di Tanjung Piai keluar mengundi awal. Ikut arahan pegawai SPR dan polis berkenaan hal keselamatan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top