BM | EN | 中文

PATI ‘serbu’ Wisma Persekutuan untuk pulang ke negara asal

PATI.jpg

Ribuan PATI 'beratur' di pekarangan Wisma Persekutuan untuk mengikuti program B4G yang membolehkan mereka pulang ke negara asal dengan rekod bersih

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 DIS: Inisiatif kerajaan melaksanakan Program Back For Good (B4G) menerusi Jabatan Imigresen menyebabkan bangunan Wisma Persekutuan, di sini ‘diserbu’ ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak Isnin lalu.

Warganegara Bangladesh, Md Shahalom, 30, berkata, dia mengambil keputusan mengikuti program itu bagi membolehkannya pulang ke negara asal dengan rekod bersih.

Md Shahalom

“Saya dijanjikan kerja siap dengan permit oleh ejen sebelum bersetuju untuk ke negara ini menggunakan visa pelawat. Namun saya ditipu sehingga tamat visa.

Advertisement

“Saya bimbang ditangkap dan rekod tidak bersih, oleh sebab itu saya membuat keputusan untuk bersembunyi daripada pihak berkuasa dan terus bekerja di negara ini selama kira-kira lima tahun.

“Kini apabila tahu ada program ini, saya terus menunggu di sini untuk pulang ke kampung halaman dengan rekod yang bersih,” katanya yang merupakan antara ribuan PATI yang ‘menghuni’ pekarangan Wisma Persekutuan untuk mengikuti program B4G.

Tinjauan JohorKini mendapati mereka yang berkumpul di kawasan berkenaan turut mendirikan khemah sementara bagi mengelak daripada cuaca panas dan hujan.

Advertisement

Selain warganegara Bangladesh, pekarangan Wisma Persekutuan ini turut ‘diserbu’ warganegara Indonesia, Nepal, Pakistan, Filipina dan Myanmar.

Program B4G yang dilancarkan sejak 1 Ogos hingga 31 Disember tahun ini memberi peluang kepada PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela.

Mengikut syarat, mereka perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri lengkap daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi negara masing-masing, menunjukkan tiket penerbangan ke negara asal dan membayar kompaun RM700.

Advertisement

Sementara itu, seorang warganegara Nepal, Saddam, 28, pula berkata, dia sudah ‘beratur’ di hadapan pintu Wisma Persekutuan sejak Jumaat lalu selepas mendapat tahu mengenai program berkenaan.

Saddam

“Sejak tahu adanya program ini, saya terus mengumpul duit untuk membeli tiket kapal terbang pulang ke negara asal. Usaha itu memakan masa kerana harga tiket agak mahal.

“Namun, kini semua dokumen yang perlu saya sudah lengkapkan, hanya menunggu waktu operasi bangunan (Wisma Persekutuan) ini sahaja,” ujarnya yang telah bekerja di negara ini sejak empat tahun lalu.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top