BM | EN | 中文

PATI mahu pulang negara asal hampir lemas terjun bot dekat Pontian

PATI-hampir-lemas-terjun-bot-Pontian.jpg
Advertisement

PONTIAN, 5 APR: Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) hampir lemas apabila bertindak terjun dari bot dinaiki untuk pulang ke negara asal di Sungai Boh di sini, Isnin lalu.

Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, dalam kejadian jam 11.15 malam, dua PATI lelaki yang hampir lemas itu berjaya diselamatkan bot penguat kuasa pihaknya yang membuat rondaan manakala dua lagi meloloskan diri ke tebing sungai tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menemukan tujuh warga asing terdiri daripada tiga lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dalam bot terbabit.

Advertisement

“Dua wanita gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan manakala empat yang lain mempunyai pasport dan seorang kanak-kanak mempunyai sijil kelahiran.

“Kesemua PATI tersebut didapati tinggal di Malaysia melebihi tempoh ditetapkan dan kesemuanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam operasi itu, sebuah bot fiber berserta satu unit enjin yang digunakan untuk mengangkut kesemua PATI tersebut dianggarkan bernilai RM10,000 disita.

Advertisement

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) iaitu kesalahan berhubung dengan penyeludupan migran.

Sementara itu dalam kes berasingan, Kastam Johor menyita sebanyak 20 unit All Terrain Vehicle (ATV) yang dipercayai diseludup masuk dianggarkan bernilai RM45,000 termasuk cukai dalam serbuan di sebuah premis di Taman Benut Utama, Benut di sini.

Katanya, serbuan jam 3 petang pada 30 Mac lalu itu menahan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 37 tahun untuk membantu siasatan.

Advertisement

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang larangan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top