BM | EN | 中文

PATI cerita detik pahit hampir dirogol tekong ketika balik Indonesia lalu ‘jalan tikus’

Pati-2-01-scaled.jpg

Retni menceritakan pengalaman pahit dilalui ketika mengikut tekong untuk keluar dari Malaysia melalui jalan tidak sah sebelum ditahan anggota ZMTS.

Advertisement

KOTA TINGGI, 15 JAN :”Saya akui saya salah, kalau boleh saya mahu masukkan dalam Facebook beritahu pada kawan-kawan lain agar jangan lalu jalan belakang,”.

Itu kata Retni Banifaozah, 28, pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendakwa dipukul dan hampir dirogol oleh tekong ketika cuba keluar dari Malaysia melalui jalan tidak sah.

Retni merupakan salah seorang daripada 33 PATI yang ditahan oleh Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) dalam operasi dilakukan berhampiran Kompleks Rakan Muda, Desaru malam kelmarin.

Advertisement

Wanita berasal dari Jogjakarta itu berkata, dia sudah dua tahun bekerja di Johor Bahru sebagai pembantu rumah sebelum ini dengan memasuki Malaysia melalui jalan yang sah serta memiliki pasport.

Bagaimanapun katanya, dia kemudian mengambil keputusan melalui ‘jalan belakang’ selepas diprovok dengan pelbagai andaian tidak enak jika pulang melalui jalan sah.

“Tekong itu berusia sekitar 50-an, dia adalah tekong pertama yang mengambil saya di tepi jalan. Masa itu hanya kami berdua dan tekong berkenaan bertindak memegang, memeluk dan mencium saya.

Advertisement

“Ketika itu saya cakap saya tidak mahu. Kemudian apabila sampai di lokasi yang tidak diketahui di dalam hutan, saya ditendang dan ditolak selepas turun kereta kerana ketika itu tekong menyuruh kami bergerak cepat.

“Jadi saya minta kepada rakan-rakan tolonglah jangan ikut jalan belakang untuk pulang ke Indonesia. Saya jatuh, dipukul, hampir dirogol dan terpaksa berdepan dengan haiwan berbisa di dalam hutan,” katanya kepada wartawan.

Tambahnya, dia juga mendakwa berhabisan hampir RM2,000 untuk membayar tekong bagi membolehkannya keluar dari Malaysia menerusi ‘jalan belakang’.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top