BM | EN | 中文

Pasukan Unit Tindak DAP dijemput sanitasi IPD Kluang

Pasukan-Unit-Tindak-DAP-dijemput-sanitasi-IPD-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 7 MEI: Pasukan Unit Tindak DAP Kluang telah dijemput untuk menjalankan program sanitasi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, menurut ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja sanitasi tersebut merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial dan perkhidmatan pusat khdimat parlimen kepada penduduk di aerah Kluang

“Kerja sanitasi di kawasan yang luas ini telah diketuai oleh Choi Ah Choy.

Advertisement

“Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Pasukan Unit Tindak DAP Kluang yang sentiasa berusaha untuk menjaga keselamatan petugas barisan hadapan dan masyarakat di Kluang.

“Jika anda memerlukan kerja sanitasi di tempat anda secara percuma, sila hubungi penyelaras, Sdr Ho Bao Kheong 019-7553073,” kata Shu Qi dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain kata Shu Qi, Kedai Muhibah Raya yang dianjurkan pusat khidmatnya yang menawarkan pakaian percuma kepada penduduk di daerah ini masih diteruskan.

Advertisement

Ujarnya, sambutan adalah menggalakkan dan kehadiran dari penduduk setempat termasuk dari mereka yang berkeluarga selain orang perseorangan.

“Semalam ada satu keluarga datang berkunjung ke Kedai Muhibah kami. Mereka dapat tahu tentang kedai kami melalui Facebook.

“Mereka begitu seronok sekali shopping “baju baru”, terutamanya anak-anak kecil.

Advertisement

“Mungkin bagi kita benda ini tidak seberapa, tapi untuk famili ini, mereka begitu gembira sekali,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top