BM | EN | 中文

Pasukan tindakan khas siasatan kematian Adib perlu juga siasat kematian Beng Hock, Altantuya

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LIUMPUR, 11 OKT: Pasukan tindakan khas bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim perlu juga menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan Altantuya Shaariibuu.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, jika ia tidak dilakukan kerajaan, pentadbiran Ismail Sabri ini akan dilihat sebagai mengamalkan amalan dwi standard.

“Mesyuarat Kabinet yang akan datang juga perlu meluaskan terma rujukan pasukan tindakan ini untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shah Alam, Selangor pada tahun 2009 dan juga kematian Altantuya pada tahun 2005.

Advertisement

“Seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat semalam, Mohamad Hamdan Wahid, perlu ada mesej yang jelas kepada orang awam yang keselamatan penjawat awam, terutamanya petugas barisan hadapan, adalah salah satu keutamaan kerajaan dan perlu ada mesej yang jelas juga bahawa tidak ada agensi kerajaan atau mana-mana VIP yang boleh mengecilkan nyawa manusia di Malaysia dan bahawa Malaysia memandang serius perkara berkenaan kedaulatan undang-undang.

Kita tidak boleh biarkan sesiapa pun mempunyai sebarang keraguan mengenai nilai kehidupan manusia di Malaysia,” kata Kit Siang, menurut laporan Roketkini.

Mesyuarat kabinet memutuskan akan memberi tumpuan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

Advertisement

Tiga kes berkenaan ialah kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh dan siasatan mengenai dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, ketiga-tiga jawatankuasa yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri ini akan diberi tempoh selama enam bulan bagi memperoleh dapatan dan cadangan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet untuk tindakan susulan.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top